Saturday 17 December 2011

FALSAFAH BIJAKSANA. Bicara Santai Prof Madya Dr Lim Swee Tin


Seketika santai bersama Profesor Madya Dr Lim Swee Tin dalam Majlis Kenal Mesra Pertama Kelab Falsafah Sebagai Pedoman yang berlangsung di Shah Hotel Resorts, Petaling Jaya pada 12 November 2011 tempoh hari, seperti mengajak hati kita merenung ke dalam diri. Pelbagai persoalan yang di lontarkan, serbarasa lukisan hidup dipaparkan atas nama Melayu yang sedikit sebanyak memahat satu gurisanfikir mendalam dalam hati ahli yang matakur mereka tertumpu amat pada baitbicara seorang rakyat Malaysia yang bukan berbangsa Melayu. Ungkapan yang saya dengar dalam bisikan kata sesama sendiri..."PROF, LEBIH MELAYU DARI MELAYU SENDIRI"

Dalam kata ada seloka , dalam gurau ada maknanya. Setiap baitkata beliau tetap mengocak kesedaran pada setiap yang mendengarnya. Antaranya, dari bait sajak beliau:

Luka bangsa yang berdarah,
mengair, menitislah tak sudah sudah
sebab yang sudah pun sudah menjadi tak sudah
yang tak sudah semakin payah
segala yang payah dibuat mudah
yang mudah semakin-makin dipermudah
yang payah-payah tiada siapa pun yang endah
yang diendah perkara-perkara yang tak payah diendah
habisnya luka bangsa kita tak henti-henti berdarah

Benarlah
kita mahukan kita sesama kita menjadi bijaksana
yang bijaksana biarlah bertambah-tambah bijaksana
sayang,
yang bijaksana telah jadi macam tak bijaksana
yang tak bijaksana kini sudah pula jadi bijaksana
yang bijaksana tak pula jadi bijaksana
yang bijaksana dsn yang tak bijaksana
yang tak bijaksana dan yang bijaksana
kian selit menyelit
entah manakah yang bijaksana
manakah pula yang tak bijaksana
kerananya bangsa kita kian tersepit
menjadi bertambah-tambah sempit

"Jangan pisahkan saya dari masyarakat Melayu", itulah antara kataucap beliau yang paling menyentuh kalbu. Ucap dari bibir seorang pujangga berbangsa Cina, sepertinya menagih perhatian di kalangan bangsa Melayu untuk berhenti dari percakaran sesama sendiri.

Rata-rata yang menemui saya melafazkan katapuas terhadap apa yang menjadi hidangan salwa minda dan telinga di malam tersebut.
Itulah seorang sahabat yang dulu kecil di pinggir desa, namun sekarang kian mencipta nama di persada minda rakyata Malaysia.

Ayuh, bangunlah bersama beliau, memacakkan panji keamanan di tanahair tercinta ini...

Salam 1 Malaysia

5 comments:

  1. Luka bangsa disirat maksud jauh disana,..
    digenggam erat rasa terpana,..
    didatangi dihampiri suara si bijaksana,
    menyelamatkan episod duka ,..
    dalam memartabatkan maruah bangsa..
    Moga kejatuhan tiada kan menerpa..
    Selamat dan selamatlah hendaknya..
    Menggapai segala kata dan usaha...

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum wahai cikgu Ahmad yang dihormati,..
    Izinkan hamba Allah ini bersama menyertai..
    Melewati ruang lembaran berfalsafah dan berpuisi..
    Kerana minat yang tiadakan pernah sepi...
    Itulah tujuan saya disini..
    Meleret coretan dan berkongsinya disini..

    Cikgu,kebetulan sy terjumpa kelab cikgu ni,walau x ramai,tapi ia cukup buatkan sy gembira untuk mengembangkan lagi bakat sy yang tselama ini tersembunyi..mohon tunjuk ajar dari cikgu..

    Wassalamu...^_^

    ReplyDelete
  3. Salamullah,
    Emyne Fahimah Chan.... terima kasih atas kesudian anda bersama saya dalam ruangan yang terhasil dari satu grup melalui facebook. Kesungguhan anda di hargai. saya akan up date apa saja yang mutakhir. Insyaallah anda bakal mempunya ruang untuk bersama saya dan Prof. Lim swee Tin dalam masa2 yang terdekat yang telah pun di susun...
    Terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  4. Layari ::https://www.facebook.com/groups/falsafahsebagaipedoman/?notif_t=group_activity
    dan bersama saya di sana.

    ReplyDelete
  5. Tahniah dan syabas Prof Lim dan Cikgu Ahmad Din. Kehebatan Prof membangkitkan kebanggaan dalam diri.
    Syabas

    Dr Haliza

    ReplyDelete