Tuesday 17 January 2012

Salamullah:
Alhamdulillah, segala usaha yang selama ini dirancang dan disusun untuk melihat sebuah Grup Maya berubah menjadi sebuah pertubuhan yang berdaftar kini telah menjadi kenyataan. Pada 5 Januari 2012, seperti sesuatu yang bersinar muncul bersama suria pagi bila mana pihak Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan permohonan Grup Falsafah Sebagai Pedoman menjadi sebuat pertubuhan yang di kenali sebagai KELAB FALSAFAH SEBAGAI PEDOMAN, MALAYSIA. Apa yang lebih MEMBANGGAKAN adalah kelab ini merupakan sebuah kelab bertaraf MALAYSIA yang boleh membuka cawangannya di setiap negeri.
Tanggal 17 Januari 2012 merupakan hari yang bersejarah kerana saya selaku moderator dan pengasas kelab ini telah dijemput untuk menerima sijil. dan syukur... kerana segalanya berjalan lancar seperti yang di rancang. Tahniah kepada Sdra Mohd Fairus selaku Setiausaha Penaja serta Puan Noraidah Abdullah selaku Bendahari Penaja yang sentiasa bertungkus lumus berusaha membantu saya dalam pengurusan pendaftaran hingga kini menjadi kenyataan.
Langkah seterusnya.....
a. mendaftar ahli seramai mungkin di seluruh tanah air.
b. melengkapkan kertas cadangan Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia yang berhasrat menyambung puisi beliau MELAYU MUDAH LUPA dalm satu agenda rakyat yang di sebut GELOMBANG HIMPUNAN MELAYU yang bakal di lancarkan di seluruh tanahair.
c. mengadakan Mesyuarat Agung Pertama, Kelab falsafah Sebagai Pedoman.
d. menggerakkan aktiviti yang di rancang untuk kebaikan dan kebajikan ahli serta membantu kepimpinan dan membangunkan kesejahteraan kehidupan rakyat.
Harapan.......
Moga semua pihak lebih-lebih lagi ahli, akan terus memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan Kelab Falsafah Sebagai Pedoman dan sekaligus meningkatkan wibawa dan kredibiliti kelab ini ke satu tahap yang dihormati dan dikenang oleh setiap lapisan rakyat.


Terima kasih dan syabas buat anda semua yang menyokong..