Monday 19 May 2014


KELAB FALSAFAH SEBAGAI PEDOMAN MALAYSIA pada 12 Mei 2014 bertempat di Rumah Perlindungan Al Nasuha telah secara rasminya melancarkan TABUNG RAMADHAN AL-NASUHA untuk RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA. Kami menyeru agar pihak tuan/puan dapat menyalurkan sumbangan kepada rumah ini melalui akaun bank yang kami sediakan. Sebarang pertanyaan, hubungi nombor yang tertera.

"Sedikit dari anda , banyak buat mereka"

ADMIN



KELAB FALSAFAH SEBAGAI PEDOMAN MALAYSIA:

Salam bahagia dan salam hormat.
Sudah lama tidak menulis, sudah lama tidak memaparkan cerita-cerita menarik yang boleh dikongsikan. Bukan tidak ada tetapi kesuntukan masa untuk duduk dan menulis membuatkan segala yang berlaku di realiti melalui kelab ini dan juga apa yang tersisip di minda ini hanya diam menjadi kenyataan diri.

Begitulah terjadi kerana pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sehingga tidak sempat untuk duduk menghada notebook untuk menulis dan terus berkarya. Apa pun maaf dari saya dan admin lantaran kesibukan hidup seharian. Apa pun yang nyata dan pasti, saya akan memulakan satu episod untuk terus bersama anda dan karya serta penulisan anda di dalam ruangan dan kesempatan di blog ini.

Tunggu dan teruslah ikuti perkembangannya dari masa ke semasa.

ADMIN

Wednesday 28 March 2012

Terkadang kita mengeluh sendiri, terkadang juga kita menyalahkan keadaan dan masa malah ada yang terus menyalahkan Tuhan terhadap nasib yang menimpa kita. Namun, apabila kita terus merenung ke dalam diri, pernahkah kita bertanya..mengapa Tuhan menjadikan kita sebegitu payah dalam kehidupan? Mengapa Tuhan meletakkan kita dalam kegawatan?

Sesungguhnya setiap rahmat dan musibah itu haruslah dinikmati dengan syukur yang panjang. Kata mutiara buat anda:
"Hari ini kita menangis kerana ketiadaan kasut sehingga suatu hari kita terjumpa insan yang ketiadaan kaki"
Bagaimana ya? Ayuh, mari kita renungkan lakaran video ini bersama. Insafilah keadaan yang terpapar dalam sejenak gambaran ini. Lantas, ayuh kita bersyukur pada Tuhan...
Dalam mempertajamkan lagi gerakan Kelab Falsafah Sebagai Pedoman, saya menyediakan anda den satu email khas: kelabfalsafahsebagaipedoman@gmail.com
bertujuan memberi ruang untuk anda berhubung dengan saya dan jawatankuasa dalam memberikan pendapat serta pandangan ke arah pembangunan kelab ini.

Saranan dan pandangan anda amat kami hargai dan alu-alukan..

Terima kasih

Tuesday 17 January 2012

Salamullah:
Alhamdulillah, segala usaha yang selama ini dirancang dan disusun untuk melihat sebuah Grup Maya berubah menjadi sebuah pertubuhan yang berdaftar kini telah menjadi kenyataan. Pada 5 Januari 2012, seperti sesuatu yang bersinar muncul bersama suria pagi bila mana pihak Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan permohonan Grup Falsafah Sebagai Pedoman menjadi sebuat pertubuhan yang di kenali sebagai KELAB FALSAFAH SEBAGAI PEDOMAN, MALAYSIA. Apa yang lebih MEMBANGGAKAN adalah kelab ini merupakan sebuah kelab bertaraf MALAYSIA yang boleh membuka cawangannya di setiap negeri.
Tanggal 17 Januari 2012 merupakan hari yang bersejarah kerana saya selaku moderator dan pengasas kelab ini telah dijemput untuk menerima sijil. dan syukur... kerana segalanya berjalan lancar seperti yang di rancang. Tahniah kepada Sdra Mohd Fairus selaku Setiausaha Penaja serta Puan Noraidah Abdullah selaku Bendahari Penaja yang sentiasa bertungkus lumus berusaha membantu saya dalam pengurusan pendaftaran hingga kini menjadi kenyataan.
Langkah seterusnya.....
a. mendaftar ahli seramai mungkin di seluruh tanah air.
b. melengkapkan kertas cadangan Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia yang berhasrat menyambung puisi beliau MELAYU MUDAH LUPA dalm satu agenda rakyat yang di sebut GELOMBANG HIMPUNAN MELAYU yang bakal di lancarkan di seluruh tanahair.
c. mengadakan Mesyuarat Agung Pertama, Kelab falsafah Sebagai Pedoman.
d. menggerakkan aktiviti yang di rancang untuk kebaikan dan kebajikan ahli serta membantu kepimpinan dan membangunkan kesejahteraan kehidupan rakyat.
Harapan.......
Moga semua pihak lebih-lebih lagi ahli, akan terus memberikan kerjasama kepada pihak pengurusan Kelab Falsafah Sebagai Pedoman dan sekaligus meningkatkan wibawa dan kredibiliti kelab ini ke satu tahap yang dihormati dan dikenang oleh setiap lapisan rakyat.


Terima kasih dan syabas buat anda semua yang menyokong..